semua orang ada masalah.. masalah itu datang dengan sendiri tanpa kita sedari, tapi kadang-kadang masalah itu lah yang menjadi cabaran dalam meneruskan hidup..
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45