Isnin, 29 April 2013

choki-choki mula berbicara ▼▼▼



 
 
hai..hai.. sekarang ini musim demam dengan  peperiksaan ler.. 
 banyak sangat masa terluang aku sampai boleh pula online ..hee~
okay, hari ini baru habis dua subjek untuk percubaan peperiksaan mid sem..
belum lagi peperiksaan sebenar..uhuhu..gamaknya, semua berterabur dengan cepisan kertas yang telah menipis renyuk tanpa suci seputih kertas dahulunya..huuu
btw, fuyoh jugalah rasanya dan berasa, kagum sekejap dengan soalan yang diberikan xdi.
sampai jawapan aku penuh dalam kertas tuh.(aptb jawapannya.)
ahaksss...
penuhla sangat,ketimpang-ketimpung tunggulah habis periksa.
kihkihkih

entry aku hari ini bukan memandang tepat pada musim demam peperiksaan ini..
itu memang liku seharian aku,bermain dengan pen, pensil yang semakin hari berkelakuan aneh, pembaris yang mula berubah saiz , buku yang selalu menemani ,catatan note aku yang sudah berkelepet kerana ditindih oleh sebahagian buku raksasa..haha..
oh, buku yang aku baca itu memang macam raksasa ke?
see~ saya menaip kerana mood sy yang senang berubah-ubah dari semasa ke semasa..
sekali dua kala mood sy berubah , itulah sampai sekarang sikap degil mampu bertahan dalam diri aku.

Alhamdulillah , syukur-syukur kerana aku kembali kepada hidup normal aku..hee~
bukan hidup selama ini xnormal ke?
shiiit! hidup sekarang terlalu happy berbanding hari2 lepas..hee~

 semua orang ada masalah.. masalah itu datang dengan sendiri tanpa kita sedari, tapi kadang-kadang masalah itu lah yang menjadi cabaran dalam meneruskan hidup..
oh, masalah apakah itu?
sukar untuk aku perjelaskan..semua orang pernah rasa dan semua orang pun pernah berkali merasakan sampai sebahagian hidup ini terasa give-up..
tapi ,kita kalau sudah berputus asa ,jangan buat macam-macam okay..
masih lagi jauh perjalanan hidup ini. sayangilah diri anda,kerana anda mampu mengubahnya..
ahahha.. ha, korang mampu ubah diri sendiri kepada yang lebih bagus lagi..
 
wahai sahabat......
kenali maksud ini
  Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat .
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak : 7 

Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…Kau adalah orang yang terkuat dan gagah yang ku temui di dalam pengembaraan ini…
“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.
 
Jikalau kau berasa kau bersendirian, ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu…
“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45


 untuk diri sendiri dan kawan-kawan sapaan aku, kau orang x bersendirian okay.. masih ada lagi Allah yang ingin mendengar segala luahan dan membantu hambanya yang memerlukannya.okay.. :)
dan jangan ingat korang dibebani pelbagai masalah yang banyak sedangkan ada lagi orang lain yang dekat luar itu lagi banyak masalah..kesiankan..hmm~

  santai,rehatkan minda dulu dengan lagu membawa makna ini..
lama taw nak upload video ini sampai diri aku ini boleh layan funny baby pulak.. huu~
 
 
:;
 
 

 

Tiada ulasan :